Hidupnya Zikir Nafas dengan ILMU Tauhid
Ketahuilah bahawa Zikir Nafas akan hidup hanya dengan ILMU Kalimah LA ILAHA ILLALLAH. Tanpa ILMU Kalimah Tauhid , Nafas akan merasai satu beban kerana tidak hidup dalam suasana Tauhid dan Hayyat yang berterusan.
Sepertimana jasad ini memerlukan Nyawa, begitu juga Nafas ini memerlukan nyawanya, dan nyawa Nafas itu adalah ILMU KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH.
Banyak testimoni-testimoni dari pengamal Zikir Nafas akan mendedahkan hakikat Zikir Nafas tanpa ILMU. La Ilaha IllAllah adalah essence di dalam semua makhluk dan ianya juga sebagai pengerak dalam semua aspek hidup, mati dan kebangkitan.
Zikir Nafas juga akan membangkitkan Roh kita dalam Qubur dan berusaha untuk meneguhkan KALIMAH ALLAH dimuka bumi ini walaupun jasad sudah terkbur dalam liang lahad...
Recent Comments