Ilmul Yakin

Pancaran-pancaran Sifat ALLAH

Mengenali Pancaran-pancaran Sifat ALLAH keatas diri kita adalah tahap Ilmul Yakin yang kukuh dan mantap dan Bersyahadah dengan Ilmul Yakin adalah Tahap Ainul akin yang wajib di lakukan setiap saat .

Inilah Ilmul Yakin yang tertinggi dalam hidup seorang Mukmin yang mencari Iman yang kukuh – Tanpa elemen Yakin tidak wujud Iman dan Tanpa Zikir Nafas tidak wujud kedua-duanya dan harap sdra sdri faham betapa tingginya maqam Zikir Nafas dalam Ibadah kepada ALLAH ini sebabnya ALLAH sendiri berfirman bahawa ” WALY ZIKRULLAHI AKBAR – Sesungguhnya mengingati ALLAH itu amat besar faedahnay dan kebesaran nya

Zikrul Anfas

Remembering Almighty ALLAH

Zikir Nafas is the Best way of Remembering Almighty ALLAH through every Breath and moments of your Life , Be assured that rains of Blessings and Endowments from ALLAH will be showered into your life and hearts – Words of wisdoms of Sheikh Dr Ismail Kassim – Malaysia

Zikrul Anfas

Zikir Dengan Nama ALLAH

Zikir Nafas ertinya Nafas Yang telah di kuasai oleh Zikir Dengan Nama ALLAH. Setinggi -tinggi Kuasa di alamin ini. Nafas ini hanya dapat di kuasai oleh Zikirullah. Amat mudah di fahami kenyataan ini kerana Nafas yang di kuasai oleh syaitan adalah Nafas yang sesat , Nafas yang di kuasai oleh nafas adalah yang Takabur dan angkuh , sombong dan Nafas yang di kuasai dunia adalah Nafas yang tamak dan tercelaru dan di lalaikan dalam segala keadaan. Nafas yg berzikir adalah nafas yang bertauhid , Menuju ke sisi ALLAH dan sentiasa dalam keadaan tenang yang di isi oleh ALLAH dari Taman-taman Syurga , ketenangan adalah Sifat Syurga , qalbu yang tenang akan kembali ke syurga sebelum jasad bertemu di syurga.

Zikrul Anfas

Professor menjumpai Ilmu, Hikmah dan Hakikat Zikir

Seorang Professor Dalam ilmu-ilmu Agama , Feqah, Ibadat setelah 40 tahun mencari Ilmu Zikir Nafas telah menjumpai Ilmu, Hikmah dan Hakikat Zikir melalui Ilmu Zikir Nafas – dan sekarang ini setelah 2 tahun dia telah bersedia untuk di Talqinkan dengan Zikir Nafas , orang semacam ini tidak akan meninggalkan perjalanan ini biarpun di cincang daging dan tulang nya kerana dia sudah yakin , Ramai jemaah Zikir Nafas telah kenal dan jumpa dengan nya di madrasah dan nama nya Ustaz Shahul Hameed , di airport dia telah confirm keinginannya untuk mendapatkan tauliah Zikir nafas di hadapan Dr Khatijah dan Sdra Yazid dan mungkin Sdra Ustaz Rafik boleh berkongsi pengalaman yang berlaku di madrasah selepas berkommunikasi dgn Arwah Gurunya...

Uncategorized

Daftar Minat anda

Daftar Minat anda [ zikirnafas@gmail.com ] – Taklimat , Seminar , Kursus , Talqin Zikir Nafas , Latihan Zikir Nafas [ 101 Kaedah Latihan ] [ Nama Penuh – Lokasi dan Mobile No ] dan pihak kami menghubungi sdra – sdri di masa yang terdekat [ Layari Youtube – Type sheikh Dr Ismail Kassim ] terdapat banyak ceremah-ceremah Zikir Nafas dan taklimat terperinci

Hadis

Sabda Rasulullah Sala Allahu alaihi wasalam

Sabda Rasulullah Sala Allahu alaihi wasalam: “Sesungguhnya rahmat-Ku (kasih sayangku) mengalahkan murka-Ku” (HR. Muslim, al-Bukhari, an-Nasa-i dan Ibnu Majah)

“Jagalah Allah, Dia pasti menjagamu. Jagalah Allah, Dia senantiasa bersamamu.” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

“Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka Allah akan memberinya ganti yang lebih baik.” (HR. Ahmad)

“Berbaik sangka kepada Allah adalah termasuk dalam ibadah yang baik.” (HR Abu Dawud)

“Kenalilah Allah waktu kamu senang, nescaya Allah akan mengenalimu waktu kamu dalam kesulitan.” (HR. Tirmizi)

Zikrul Anfas

Connected to Almighty ALLAH

When you are in zikir Nafas you are truly connected to Almighty ALLAH as the constant remembrances keep moving smoothly connecting every of your breath to Almighty ALLAH’s presence. Be connected to feel the truth of the Zikir Nafas – Words of Wisdoms of Sheikh Dr Ismail Kassim

Zikrul Anfas

Nafas adalah Rahsia ALLAH

Petang tadi berjumpa dengan anak Qadhi yang mashoor di 29 wilayah, Tn Hj faizal – dia kata ayah dia meninggal dunia pada hari jumaat setelah balik dari ziarah guru musrhid nya – dia adalah khalifah kepada bapa Sarkar , semasa dia menghembus Nafas terakhir terdengar Nafas nya berbunyi kuat dgn Lafaz ALLAH HU ALLAH [ iaitu bunyi Nafas setiap ahli Zikir Nafas ] dan semasa di mandikan jenazah nya terdengar lagi Lafaz Allah Hu Allah dalam penuh keajaiban dan tiada sesiapa pun tahu dari mana datang nya Bunyi itu , Hanya Awliya ALLAH sahaja faham bahawa bunyi itu datang Rohnya di mana Nafas itu berada bersama Roh , Dan Nafas tidak akan mati seperti Roh juga yang tidak akan mati – kerana Nafas adalah Rahsia ALLAH. Roh adalah Milik ALLAH. Dia membawa kami semua makan di sebuah restoran Al Baik UAE.

Zikrul Anfas

Kezaliman Yang Besar

Sesiapa yang tidak menyerahkan Nafas-Nafas nya kepada ALLAH dengan pengisian Zikirullah , maka dia telah melakukan satu kezaliman yang besar dalam hidup nya. Tahukah Mengapa terjadi sedemikian ?. siapa yang boleh jawap bermakna dia adalah seorang Arif Billah dan seorang Alimbillah. Mengapa boleh jadi kezaliman besar di sisi ALLAH apabila Nafas kita tidak di isi dengan Zikirullah ?. Hayyat hanya datang ke jasad selepas wujudnya Nafas , Apabila Nafas tidak di isi dengan Zikirullah ianya menjadi Kezaliman besar di sisi ALLAH ?.

Zikrul Anfas

Fadhilat Zikir Nafas

Jika Zikir tidak di salurkan melalui Pernafasan bagaimana Zikir itu boleh melalui seluruh anggota badan , qalbu dan darah daging?. Benar segala yang di katakan di atas , ini lah hakikat mereka yang merasai Nikmat Zikir dengan Nafas – Betapa Indah nya nikmaat Zikir Nafas dan besarnya Fadhilat Zikir Nafas dalam hidup kita , wahai Ummat Islam janganlah kamu mati tanpa mencari Nikmaat Zikir Nafas , wahai Ummat jika kamu tidak mengetahui apa sahaja tentang Zikrullah dan ALLAH – Tanyalah Ahlu Zikri perkara yang kamu tidak mengetahui [ Surah AL nahal – ayat 43].

Hikmah Kalimah

Ketenangan dari Nafs Muthamyeena

Ketenangan dari Nafs Muthamyeena akan terbuka dan Rasa Muthmayeen Qalbu akan menghujani kedalam Nafs Muthmayeena apabila Zikir Nafas telah sampai ke tahap Rohaniyah – dan Ilmu nya adalah Ilmu Hakikah dari KALIMAH LA ILAHA ILALLAH – Tanpa mendalami atau mendedahkan Roh kita kepada Ilmu ini qalbu kita akan bergolak di antara Nafs Mulhimmah dan Nafs Lawamah dan Amarah

Uncategorized

Madavoor

Di Madavoor tempat bersemadinya seorang Kutib Zaman , Sheikh Abu Bakar WaliyuAllah telah menerimah jemaah kami dgn pernuh hormat dan takzim kemudian kami dapat berdialog dengan Tuan Sheikh selama 25 minit dan semasa beliau hidup dia akan sujud di merata kaki lima dan mana -mana tempat dalam hutan , jalanraya dan tepi sawah sujudnya selama 1 hingga 2 jam , ibunya sentiasa nasihat Sheikh agar jangan sujud di merata tempat kerana kerap kali di khabarkan tentang perangai nya oleh masyarakat Umum, Sheikh menjawap saya tidak sujud kecuali saya nampak Jibrael[as] bersujud di situ dan pada hari selepas 30-40 tahun tempat itu telah bertukar jadi masjid , madrasah atau pun tempat pengajian Islam.

Awliya Allah adalah penyeri bumi dengan Syiar islam dan Zikir Nafas beliau di smabut oleh para malaikaat...

Zikrul Anfas

Testimoni dari Khalifa

Hamba tengah mengumpulkan ribuan-ribuan testimoni dari Khalifa-Khalifa Sarkar di seluruh India agar kisah-kisah ini akan menjadi satu pembukaan Minda, Qalbu dan Roh untuk semua jemaah kita di seluruh Dunia untuk beristiqamah dalam memperjalankan Zikir nafas dan memantapkan latihan Zikir Nafas sehingga Nafas yang berzikir itu hidup di alam brazakh dan juga di hadapan ALLAH di padang masyaar,

Kematian yang di jalinkan dengan Hubungan Zikir Nafas menjadi satu jaminan di sisi ALLAH sebagai ahlu zakireen di akhirat kelak,

Zikrul Anfas

Meminta Nafas baru

Setiap Nafas pergi menuju ke sisi ALLAH meminta Nafas baru dan kembali terbang kepada penerima Nafas untuk di ganti Nafas yang baru , hanya dengan Zikir Nafas anda akan merasai kehebatan hidup berzikir dalam setiap Nafas.

Bermula dari 11 Ogos hingga 18 Ogos beberapa program Taklimat, Kursus Zikir Nafas dan Ilmu Kalimah La ilaha IlAllah akan di adakan di Gujarat , di bawah jemputan sebuah organisasi yang ada 5 College di bawah pengurusan mereka.

Zikrul Anfas

Ilmu Zikir Nafas

Ilmu Zikir Nafas adalah lautan Ilmu dari segala bab-bab Ilmu Zikir. mempelajari nya akan meningkatkan dan memantanpkan kedudukan Zikir Nafas dalam diri kita hingga ke akhir hayyat.

Zikir Nafas perlu di gabungkan dengan Maqam Ehwal Qulub jika tidak suara khannas dan Amarah akan melemahkan kedudukan Zikir dalam nafas.

Hanya dengan Ilmu sahaja pernafasan dapat di kukuhkan.

Zikrul Anfas

ALLAH HU ALLAH

Jenazah Abdul Latiff Ibn Mukaram , setelah di mandikan nafasnya berbunyi ALLAH HU ALLAH tetapi bukan keluar dari lubang hidung tetapi dari Ubun-ubun nya dan kemudian ahli keluarga yg mengethaui ini adalah kerana rajin nya Allahyarham berzikir dgn Zikirul Anfaas , maka Allah menzahirkan Nafasnya yang tidak akan Mati selama-lama nya . semasa jenazahnya di turun kan kedalam liang lahad terdengar dari seluruh penjuru kubur Nafas- nafas yang berbunyi dengan Lafaz ALLAH HU ALLAH – Lihat Mukjizat Zikir Nafas – Terbukti benar bahawa MENGINGATI ALLAH amat besar Fadhilatnya , dan Kebesaran Nya [ Surah Al Ankabut – Ayat 45].