Zikrul Anfas

Gabungan Zikir Nafas

Zikir Nafas digabungkan dengan Aqal membawa ketenangan dalam Minda, Zikir Nafas yang digabungkan dengan Qalbu membawa ketenteraman yang dijanjikan oleh ALLAH dalam Surah Araad – ayat 28, Zikir Nafas yang di gabungkan dengan Roh akan membawa Nafs ke Alam Muthmayeena dan Zikir Nafas yang di gabungkan dengan Sirr akan membawa kita sentiasa berada bersama ALLAH seperti yang dijanjikan dalam Quran Surah Hadid – Ayat 5 [ Maha Benar Qalam ALLAH ], Kami akan menyampaikan segala ilmu, hikmah dan hakikat amalan ini peringkat demi peringkat.

Ilmul Yakin

Syaitan bersama orang yang tidak Mengingati ALLAH

Wajib Setiap Jemaah belajar Ilmu ALLAH Syaheedan , Hazeeran , Mayeean dan Nazeeran untuk Mengetahui dan sedar dengan Keyakinan dan AInul Yakin bahawa ALLAH ada bersama kita – Tanpa keadaan ini bukan mudah nak beriman dengan ALLAH – inilah sebabnya Awliya ALLAH berkata Tanpa Zikir Nafas Mengingati ALLAH dengan Nafas seorang itu tidak akan beriman malah akan membawa orang itu kedalam kekufuran – Kerana Syaitan bersama orang yang tidak Mengingati ALLAH dalam setiap Nafasnya dan anda tidak akan sedar bahawa Syaitan , Iblis , Jin bersama anda 24 jam tanpa ada ZIKIR NAFAS

Zikrul Anfas

Kunci Zikirullah

Zikirullah adalah Pintu Kunci Syurga
Zikirullah adalah Kunci pintu Qalbu
Zikirullah adalah Kunci pintu Rohanniyah

Dan Kunci Zikirullah hanya Zikir Nafas – Tiada Syak dan tiada ragu-ragu
dalam perkara ini selagi anda tidak ada Zikir Nafas anda tidak akan percaya atau akan di ragu-ragukan oleh Syaitan dengan bermacam fikiran dan juga
segala jenis was-was sehingga anda akan meninggalkan perkara yang amat
Mulia di sisi ALLAH dan Zikir Nafas sentiasa sampai dalam sesaat kepada ALLAH , Zikir Qalbu dan Zikir Lidah di akhirat baru di adili dan di periksa

Zikrul Anfas

ILMU Zikir Nafas

ILMU Zikir Nafas wajib di perhalusi oleh Jemaah di 7 Peringkat
– Peringkat 5 Pancaindera
– Peringkat Aqal Insaniyah
– Peringkat Aqal Malakut
– Peringkat Aqal Fataniyah
– Peringkat Qalbun Salim
– Peringkat Qalbun Latifun
– Peringkat Fuaad
– Peringkat Lubbun
– Peringkat Sirr
– Peringkat Ghaib
– Peringkat Rohanniah
– Peringkat Uliyaah

Gabungannya amat mudah dan senang di amalkan apabila Ilmu, Hikmah dan Hakikatnya dicurahkan. Dan semua ini bukan dibahaskan oleh Awliyah ALLAH tetapi wujud dalam Al Quraan dan Qalam ALLAH dari beberapa Hadis Qudsi.

Ilmu dan amalan ini telah hamba belajar dari 19 Guru-Guru Yang bertaraf AWliya ALLAH , Qutub , Abdaal dan Rijalul Ghaib.

Percaya atau tidak lihat bagaimana diseluruh Dunia Ulama-ulama yang tersohor tunduk dihadapan Ilmu, Hikmah dan Hakikat ini.

Ilmul Yakin

Mengenal Sifat -Sifat ALLAH

Sesudah seorang Ahli Zikir Nafas Mengenal Sifat -Sifat ALLAH Hazeeran [ Hadhir Bersama ] Maeeyan [ Ber-maayeea bersama ] [ Nazeeran Melihat bersama setiap harakah ] – [ Syaheedan – Menyaksi setiap gerak geri] – barulah dia akan berada dalam keadaan Ainul Yakin – tetapi wajib mereka mempelajari ILMU YAKIN tentang ke-empat Sifat-Sifat ALLAH yang wajib kita Kenal dari Lautan Ilmu Zikir Nafas dan Amalan Zikri Nafas dari Lautan Ilmu KALIMAH LA ILAHA ILALLAH . Apa yang kami terangkan di sini hanya adalah iklan dan penerangan yang terhad – Untuk Ilmu dan hikmah wajib datang mempelajari ILMU dari ahli nya . Fb , SMS , Email hanya dapat menerangkan secara terhad – Ilmu yang sedikit amat merbahaya.

Ilmul Yakin

Ilmu yang Tertinggi dan Amat Mulia adalah ILMU KALIMAH LA ILAHA ILALLAH

Dalam ratusan kitab-kitab yang kami rujuk dan Ulama-ULama Ahlulllah dan ilmu Mantiq – Ilmu Falsafah Fil Iman, Fil Ihsan dan Zikir Ilmu Tauhid dan kitab Ihya Ulumudin bahawa Zikir Nafas adalah Zikir Yang tiada tandingannya dalam Mengamalkan Kaedah Zikir dalam setiap turun dan naiknya Nafas.

Ketahuilah Saudara-Saudariku bahawa tiada amalan yang tertinggi dan yang paling indah kecuali Zikir Nafas dan ilmu yang Tertinggi dan Amat Mulia adalah ILMU KALIMAH LA ILAHA ILALLAH dan tiada mereka yang mengingkari kenyataan dan kebenaran ini kecuali mereka telah Mengkufurkan Kebenaran dan Qadar Kebesaran ALLAH...

Zikrul Anfas

Zikir Nafas adalah Zikir Yang Ikhlas

Zikir Nafas adalah Zikir Yang Ikhlas kerana tiada seorang Makhluk yang dapat mendengar atau merasai Zikir ini, Malaikat Kiraman Katibeen pun tidak Mengetahui amalan Zikir Nafas ini, Hanya ALLAH sahaja yang dapat mengetahui amalan Zikir dalam Nafas kita kerana yang Menghidupkan Zikir Dalam Nafas kita adalah ALLAH bukan Nafas itu atau Aqal kita, Jadi dengan satu amalan yang Khafiyee ini, segala amalan yang kita lakukan dengan Jasad pun jadi Ikhlas. Begitu besarnya Faedah Zikir Nafas.

Zikir Nafas ini adalah amalan Awliya ALLAH yang telah diberi Ilmu Lautan Kalimah La ilaha IlAllah, bukan semua ahli Sufi, Ahli Tarikat Mempunyai Ilmu dan amalan Zikir Nafas – Kerana Zikir Nafas hanya boleh hidup dengan Ilmu, Hikmah, Hakikat, Rahsia dan Asrar Syahadah, Bukan dengan ilmu sahaja.

ALLAH Hanya member...

Zikrul Anfas

124,000 Ribu Nabi Dan Para Rasul Berzikir

124,000 Ribu Nabi Dan Para Rasul Berzikir Nafas malah lebih dari itu berzikir tanpa putus dengan Qalbu, 5 Maqam Pancaindera, Maqam Rohaniyah, Sirriyah dan kesemua kaedah ini ada Ilmu, Hikmah dan Hakikah dan juga amalannya dengan kami, dapatkanlah ilmu dan ijazah dari kami, jika ini adalah peniupan maka anda tidak akan rugi kerana, sekurang-kurangnya anda akan dapat duduk dalam Zikir Nafas selama 30 minit dengan kami dan dapat sambung Zikir Nafas ini sehingga ke akhir hayyat, dan kenyataan bahawa 124,000 Para Nabi dan Rasul kesemua mereka berzikir dengan Nafas dan Bukti yang kukuh dan mantap adalah kami semua berzikir dengan Nafas dan Roh kami , jika insan yang sedaif-daif semacam kami dapat Mengingati ALLAH dalam setiap Nafas adakah Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, Awliya ALLAH tidak ada kaedah ...

Zikrul Anfas

SKIM CARI KEREDHAN ALLAH

Tidak ada satu Perkara atau amalan yang boleh menjamin Ketenangan dalam SATU SAAT melainkan ZIKIR NAFAS, tidak Percaya Ambil Talqin Zikir Nafas , JIKA tidak dapat ketenangan boleh minta Zikir itu di cabut dari lubang hidung kita dan letak aja kat bibir anda – Selamat lah lubang hidung itu dari Pancaran Cahaya Zikir – DEMI ALLAH ini adalah satu kebenaran yang tidak boleh di ragu-ragu dan diabaikan kerana ini Bukan SKIM cepat Kaya – Ini adalah SKIM CARI KEREDHAN ALLAH , Kami sangat heran dengan Soalan dan komen yang di tujukan tentang satu amalan yang boleh membawa diri kita berzikir kepada ALLAH mematuhui Perintah ALLAH Yang Amat Penting dan wajib. Kami tidak ada apa pun kepentingan kecuali mencari Keredhan ALLAH dan dan hamba-hamba ALLAH kembali Mengingati ALLAH setiap Nafas.

Zikrul Anfas

Talian Yang Menyambung Setiap Nafas

Zikir Nafas adalah satu talian yang menyambung setiap Nafas- Nafas guru-guru Murshid kita sehingga ke Nabi Mulia Sala Allahu Alaihi Wasalam. Talian ini adalah sedekah dari mereka semua dan kerana usaha mereka lah kita dapat Zikir Nafas – Oleh itu sentiasa doakan untuk Maqam, Darjat dan kesejateraan mereka di sisi ALLAH dan baca tiap hari lepas 5 waktu Solat Surah Al Fatiha tanda kasih Sayang dan Syukur kita kerana ikhtiar dan usaha mereka , dengan itu ALLAH akan membuka pintu-pintu berkat dan Nikmat Kerohanian dari mereka ...

Zikrul Anfas

Kerana Nafas Jasad Hidup

Kerana Nafas Jasad hidup , qalbu berfungsi Roh bersama badan , Tanpa Nafas kesemuanya ini berhenti berfungsi dan Roh bercerai berau dari jasad. Nafas yang berzikir akan memberi effek yang mendalam ke semua tahap Jasad, Emosi , Minda dan juga Rohani. Nafas sampai kesemua angota badan hatta ke qalbu dan Roh.

Zikrul Anfas

ILMU ZIKIR NAFAS MENGANDUNGI 25 Peringkat dan 7 Maqam

ILMU ZIKIR NAFAS MENGANDUNGI 25 Peringkat dan 7 Maqam
dan 205 Rahsia dan Hikmah – Sebahagian besar dari Hikmah
tersebut telah ana kongsikan dalam kitaab SOLAT KHUSYU
yang di terbitkan tahun lepas dan telah di edar keseluruh Malaysia – Kali ini 2 lagi siri akan di terbitkan dengan penerangan tentang praktikal dan amalan solat Khusyu para Awliya ALLAH – rujuk website www.rahmatanlilalamin.org.my

# Ilmu Maaritaun Nafas
# Ilmu maarifatun Zikir Fil Anfaas
# Ilmu Burhanun Zikir Anfaas Minnal Quraan
# Ilmu Burhanun Zikir Anfaas Minnal Hadis Qudsi , Wa Hadis Naabwi
# Ilmu Maarifatun Ahwalul Zikir Anfaas
# Ilmu Maarifatun Ahwalul Zikir Anfaas Maal Taqwal Qulub
# Ilmu Maarifatun Ahwalul Zikri Anfaas Maal harkatul Rohanniyah
# Ilmu Tarbiyatun Anfaas Fi Zikirullah
# Ilmu Fadhilatul Zikir Anfaas 205 H...

Zikrul Anfas

Carilah , ambillah Talqin Zikir Nafas

Carilah , ambillah Talqin Zikir Nafas dengan Kaedah yang di perkenalkan oleh Para Anbiyaul Mursaleen 124,000 dari mereka semua Mengingati ALLAH dalam setiap Nafas mereka – Inilah hadiah dan anugerah yang terbesar kepada Insan – Jika di kubur dan di padang Masyaar dan titian sirathal mustaqeem anda sengsara , pedih dengan azab tak mahu di pandang oleh ALLAH [ Surah Ali Imran – ayat 77] , sedih kerana kezaliman diri memberi laluan kepada nafas kamu untuk di kuasai oleh Waswasil Khannas – Jangan sekali-kali salahkan ALLAH – Kami adalah Hujjatul baligh dalam Kaedah Zikir Nafas membuktikan bahawa ALLAH Hanya berkehendak memberi Ketenangan , Kebahagian dan Ketenteraman di dunia dan akhirat dan Syaitan hanya ingin merosakan segala keadaan hidup dan qalbu – ALLAH dan Malaikaat Nya bersaksi bahawa ...

Zikrul Anfas

Mengingati ALLAH sebanyak-banyaknya

Zikir adalah amalan yang menjamin diri kita terselamat dari segala azab di dunia , Kubur dan di akhirat , dan Mengingati ALLAH sebanyak-banyak adalah kaedah untuk di jamin dari segala jenis azab [ maksud hadis ] , Dan Zikir nafas adalah kaedah yang membawa diri dan nafas kita Mengingati ALLAH sebanyak-banyak dalam setiap Nafas , jika anda ingin YAKIN bahawa Zikir Nafas boleh selamat dari azab Dunia cubalah dengan Zikir nafas dan sudah tentu anda di pelihara dari segala azab dunia dan sudah pasti dengan itu diri kita di selamatkan dari segala azab kubur dan akhirat. Itulah janji ALLAH dan nabi Mulia atas mereka yang sentiasa Mengingati ALLAH bukan menyebut ya , Menyebut laaz-lafaz Zikir tanpa Mengingati ALLAH tiada faedah dan Nilai.

Zikrul Anfas

Terbang ke Arasyh ALLAH

Zikir Nafas ibarat Roket dan Minyak nya adalah Syahadah , Wow bayangkan anda boleh terbang ke arasyh ALLAH dengan Nafas anda membawa Nafas dan Hayyat yang baru , Jika Ummat islam tahu nikmaat ini mereka akan gadai atau jual segala harta benda , rumah dan diri mereka hanya untuk Mendapatkan Zikir Nafas SESAAT atau SEMINIT – DEMI ALLAH Zikri nafas adalah Nikmaat dan hadiah terbesar dari ALLAH yang tidak boleh di jual beli dengan apa pun benda di dunia dan akhirat , Mereka yang Mengenal , Bersyukur dan sentiasa memelihara nya adalah orang yang tinggi budi pekerti mereka, akal mereka dan juga Ihsan mereka kepada ALLAH , Mereka tidak akan belot atau mengkhianati anugerah ini selama-lamanya.

Ilmul Yakin

Belajarlah Ilmu Zikirullah

Zikirullah adalah ibadat dan amalan yang paling Agung , Paling Mulia, Paling Besar Fadhilat, ganjaran dan segala kebaikaan wujud dalam INGATAN pada ALLAH – Belajarlah Ilmu Zikirullah agar terjamin diri kita dengan Ketenangan dan Perlindungan dari segala seksa dunia, kubur dan akhirat. [ Surah Al Ankabut – Ayat 45]. Sesungguhnya Zikirullah amat Besar di sisi ALLAH

Zikrul Anfas

Merancang dengan Izin dan Qudrat ALLAH

Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin merancang dengan Izin dan Qudrat ALLAH untuk mentalqinkan lebih dari 1,000,000 [ SEJUTA ] Ummat Islam di seluruh dunia dengan Zikir Nafas sebelum 2020 agar mereka dapat mengingati ALLAH setiap Nafas turun dan naik nya – mari kita sama-sama like Hajjat dan Niat ini agar kita pun dapat membantu dalam menyempurnakan niat yang murni ini. Dan 10 juta Ummat sebelum 2030.

www.rahmatanlilalamin.org.my