Zikrul Anfas

Amalan Yang Paling Ikhlas

Zikir Nafas adalah kaedah Zikir yang amat Menakjubkan dan tinggi di sisi ALLAH , kerana nafas mu berzikir kepada ALLAH dalam setiap nafas dan Allah memberi gantian serta merta dengan Ketenangan dan ketenteraman Qalbu dan anda akan merasai inilah amalan yang Paling Ikhlas dalam hidup sebab tiada sesiapa dari makhluk hatta malaikaat di sisi mu pun tidak mengetahui Zikir Sirr [ Tersembunyi ini], Banyak hadis Nabi Mulia yang menerangkan tentang Zikir Tersembunyi. Setiap nafas yang berzikir akan membawa semua anggota badan mu berzikir kepada ALLAH – Tidak percaya selepas di talqin anda akn menyesal mengapa amalan ini tidak di talqinkan sejak dari kecil lagi. Syaitan sentiasa membawa kepada keraguan.

Zikrul Anfas

Musuh ALLAH menunggu melalaikan kita

ALLAH tidak boleh di lupa walaupun dalam sesaat atau keadaan kurang dari sesaat kerana Musuh ALLAH menunggu melalaikan kita dari Mengingati ALLAH , apa kah cara yang amat berkesan dalam mematuhi Perintah dan kewajipan Mengingati ALLAH setiap keadaan?. Tiada cara yang lebih effektif dan berkesan kecuali dengan Zikir Nafas – Kaedah ini ada dalam Al Quraan dan sebuah buku Tabligh [ Buku Fadhilat Zikir – Muka surat 160 ] Menerangkan dengan terperinci tentang ZIKIR NAFAS. Semua jenis ibadat boleh putus tetapi ibadat Zikir tidak boleh putus. Hanya pada mereka Yang telah Bermaarifat kpd Rabbin Naas , Malik Naas , dan ILLAHI Naas akan dapat perlindungan Syaitan Al Khannas , Jin dan manusia dan dari segala kejahatan mereka.

Zikrul Anfas

Apabila setiap nafas itu turun dan naik mengingati ALLAH

Dengan Zikir Nafas kita akan memperolehi satu keyakinan yang tinggi apabila setiap nafas itu turun dan naik mengingati ALLAH dan dengan pengisian Ilmu Zikir nafas akan qalbu ahli zikir nafas akan terbuka Ainul Yakin dengan itu mereka dapat melihat turun dan naik Hayyat dalam diri mereka seperti sebuah batteri yang tengah mencharging handphone. Kalau kita charge Mobile kita tapi tak nampak bar yang turun naik menyalurkan charge dari battery kita tidak akan Yakin, begitu juga kalau tidak ada Ainul yakin tentang turun dan naik nya Hayyat dan Mayyit [ kedudukan Yuhyee wayummitu] dalam keadaan hidup kita maka keyakinan kita belum wujud lagi...

Zikrul Anfas

Pintu Qalbu

Anda boleh menjadi seorang wali Allah apabila ZIkir Nafas anda dapat membuka Pintu Qalbu yang mempunyai dua biji matahati Ainul Yakin , tidak percaya cuba dahulu baru boleh percaya [ Surah Al hajj – Ayat 46].

Dan hanya dengan Zikir Nafas yang bernafas dengan kelajuan 50,000 batu perjalanan ke sisi ALLAH dan dua hala perjalanan selama 100,000 tahun yang akan membawa anda ke tahap yang amat tinggi [ surah Al maarij- ayat 1-2-3-4].

Zikrul Anfas

Remembering Almighty ALLAH

Zikir Nafas is the Best way of Remembering Almighty ALLAH through every Breath and moments of your Life , Be assured that rains of Blessings and Endowments from ALLAH will be showered into your life and hearts – Words of wisdoms of Sheikh Dr Ismail Kassim – Malaysia

Zikrul Anfas

Zikir Dengan Nama ALLAH

Zikir Nafas ertinya Nafas Yang telah di kuasai oleh Zikir Dengan Nama ALLAH. Setinggi -tinggi Kuasa di alamin ini. Nafas ini hanya dapat di kuasai oleh Zikirullah. Amat mudah di fahami kenyataan ini kerana Nafas yang di kuasai oleh syaitan adalah Nafas yang sesat , Nafas yang di kuasai oleh nafas adalah yang Takabur dan angkuh , sombong dan Nafas yang di kuasai dunia adalah Nafas yang tamak dan tercelaru dan di lalaikan dalam segala keadaan. Nafas yg berzikir adalah nafas yang bertauhid , Menuju ke sisi ALLAH dan sentiasa dalam keadaan tenang yang di isi oleh ALLAH dari Taman-taman Syurga , ketenangan adalah Sifat Syurga , qalbu yang tenang akan kembali ke syurga sebelum jasad bertemu di syurga.

Zikrul Anfas

Professor menjumpai Ilmu, Hikmah dan Hakikat Zikir

Seorang Professor Dalam ilmu-ilmu Agama , Feqah, Ibadat setelah 40 tahun mencari Ilmu Zikir Nafas telah menjumpai Ilmu, Hikmah dan Hakikat Zikir melalui Ilmu Zikir Nafas – dan sekarang ini setelah 2 tahun dia telah bersedia untuk di Talqinkan dengan Zikir Nafas , orang semacam ini tidak akan meninggalkan perjalanan ini biarpun di cincang daging dan tulang nya kerana dia sudah yakin , Ramai jemaah Zikir Nafas telah kenal dan jumpa dengan nya di madrasah dan nama nya Ustaz Shahul Hameed , di airport dia telah confirm keinginannya untuk mendapatkan tauliah Zikir nafas di hadapan Dr Khatijah dan Sdra Yazid dan mungkin Sdra Ustaz Rafik boleh berkongsi pengalaman yang berlaku di madrasah selepas berkommunikasi dgn Arwah Gurunya...

Zikrul Anfas

Connected to Almighty ALLAH

When you are in zikir Nafas you are truly connected to Almighty ALLAH as the constant remembrances keep moving smoothly connecting every of your breath to Almighty ALLAH’s presence. Be connected to feel the truth of the Zikir Nafas – Words of Wisdoms of Sheikh Dr Ismail Kassim

Zikrul Anfas

Nafas adalah Rahsia ALLAH

Petang tadi berjumpa dengan anak Qadhi yang mashoor di 29 wilayah, Tn Hj faizal – dia kata ayah dia meninggal dunia pada hari jumaat setelah balik dari ziarah guru musrhid nya – dia adalah khalifah kepada bapa Sarkar , semasa dia menghembus Nafas terakhir terdengar Nafas nya berbunyi kuat dgn Lafaz ALLAH HU ALLAH [ iaitu bunyi Nafas setiap ahli Zikir Nafas ] dan semasa di mandikan jenazah nya terdengar lagi Lafaz Allah Hu Allah dalam penuh keajaiban dan tiada sesiapa pun tahu dari mana datang nya Bunyi itu , Hanya Awliya ALLAH sahaja faham bahawa bunyi itu datang Rohnya di mana Nafas itu berada bersama Roh , Dan Nafas tidak akan mati seperti Roh juga yang tidak akan mati – kerana Nafas adalah Rahsia ALLAH. Roh adalah Milik ALLAH. Dia membawa kami semua makan di sebuah restoran Al Baik UAE.

Zikrul Anfas

Kezaliman Yang Besar

Sesiapa yang tidak menyerahkan Nafas-Nafas nya kepada ALLAH dengan pengisian Zikirullah , maka dia telah melakukan satu kezaliman yang besar dalam hidup nya. Tahukah Mengapa terjadi sedemikian ?. siapa yang boleh jawap bermakna dia adalah seorang Arif Billah dan seorang Alimbillah. Mengapa boleh jadi kezaliman besar di sisi ALLAH apabila Nafas kita tidak di isi dengan Zikirullah ?. Hayyat hanya datang ke jasad selepas wujudnya Nafas , Apabila Nafas tidak di isi dengan Zikirullah ianya menjadi Kezaliman besar di sisi ALLAH ?.

Zikrul Anfas

Fadhilat Zikir Nafas

Jika Zikir tidak di salurkan melalui Pernafasan bagaimana Zikir itu boleh melalui seluruh anggota badan , qalbu dan darah daging?. Benar segala yang di katakan di atas , ini lah hakikat mereka yang merasai Nikmat Zikir dengan Nafas – Betapa Indah nya nikmaat Zikir Nafas dan besarnya Fadhilat Zikir Nafas dalam hidup kita , wahai Ummat Islam janganlah kamu mati tanpa mencari Nikmaat Zikir Nafas , wahai Ummat jika kamu tidak mengetahui apa sahaja tentang Zikrullah dan ALLAH – Tanyalah Ahlu Zikri perkara yang kamu tidak mengetahui [ Surah AL nahal – ayat 43].

Zikrul Anfas

Testimoni dari Khalifa

Hamba tengah mengumpulkan ribuan-ribuan testimoni dari Khalifa-Khalifa Sarkar di seluruh India agar kisah-kisah ini akan menjadi satu pembukaan Minda, Qalbu dan Roh untuk semua jemaah kita di seluruh Dunia untuk beristiqamah dalam memperjalankan Zikir nafas dan memantapkan latihan Zikir Nafas sehingga Nafas yang berzikir itu hidup di alam brazakh dan juga di hadapan ALLAH di padang masyaar,

Kematian yang di jalinkan dengan Hubungan Zikir Nafas menjadi satu jaminan di sisi ALLAH sebagai ahlu zakireen di akhirat kelak,

Zikrul Anfas

Meminta Nafas baru

Setiap Nafas pergi menuju ke sisi ALLAH meminta Nafas baru dan kembali terbang kepada penerima Nafas untuk di ganti Nafas yang baru , hanya dengan Zikir Nafas anda akan merasai kehebatan hidup berzikir dalam setiap Nafas.

Bermula dari 11 Ogos hingga 18 Ogos beberapa program Taklimat, Kursus Zikir Nafas dan Ilmu Kalimah La ilaha IlAllah akan di adakan di Gujarat , di bawah jemputan sebuah organisasi yang ada 5 College di bawah pengurusan mereka.

Zikrul Anfas

Ilmu Zikir Nafas

Ilmu Zikir Nafas adalah lautan Ilmu dari segala bab-bab Ilmu Zikir. mempelajari nya akan meningkatkan dan memantanpkan kedudukan Zikir Nafas dalam diri kita hingga ke akhir hayyat.

Zikir Nafas perlu di gabungkan dengan Maqam Ehwal Qulub jika tidak suara khannas dan Amarah akan melemahkan kedudukan Zikir dalam nafas.

Hanya dengan Ilmu sahaja pernafasan dapat di kukuhkan.

Zikrul Anfas

ALLAH HU ALLAH

Jenazah Abdul Latiff Ibn Mukaram , setelah di mandikan nafasnya berbunyi ALLAH HU ALLAH tetapi bukan keluar dari lubang hidung tetapi dari Ubun-ubun nya dan kemudian ahli keluarga yg mengethaui ini adalah kerana rajin nya Allahyarham berzikir dgn Zikirul Anfaas , maka Allah menzahirkan Nafasnya yang tidak akan Mati selama-lama nya . semasa jenazahnya di turun kan kedalam liang lahad terdengar dari seluruh penjuru kubur Nafas- nafas yang berbunyi dengan Lafaz ALLAH HU ALLAH – Lihat Mukjizat Zikir Nafas – Terbukti benar bahawa MENGINGATI ALLAH amat besar Fadhilatnya , dan Kebesaran Nya [ Surah Al Ankabut – Ayat 45].

Zikrul Anfas

Wangian dari Syurga

Sejak 28 Tahun ratusan ahli jemaah Zikir Nafas telah berkongsi pengalaman mereka tentang Wangian dari Syurga

Apabila kita berzikir Nafas dan Zikir Nafas itu Menyentuh Roh di Alam Roh , Maka Roh-Roh para Nabi , Rasul, Awliya Allah yang sedang menikmati Kehidupan di taman-taman Syurga akan hadir bersama Nafas-nafas kita dan bayu-bayu dan haruman dari Taman Syurga akan menusuk masuk kedalam Roh dan kemudian ke Sensory Smell System kita dan dengan itu dapat menikmaati wangian syurga. memang ini adalah benar dan menepati hal ehwal para sahabat