Jika anda mencari ketenangan, maka carilah dalam Nafas kamu. Nafas itu beredar setiap saat kepada Allah dan kembali dari Allah Subhana Wataala
membawa 7 perkara dan elemen utama
- Oxygen
- Nyawa
- Bahan-bahan yang mengihdupkan Roh
- Rahmat
- Nikmaat Rezeki dan Nikmat kelapangan dada
- Ketenangan
- Kebahagian dalam Hati dan seterusnya terpancar dalam Hidup
Dan 6 elemen atau perkara diatas hanya dapat dicapai dengan menyeluruh atau sebahagian – apabila NAFAS kita itu berzikir dengan KALIMAH ASMAUL AZHAM
- ALLAH – HU – ALLAH
- Naiknya Nafas dengan Lafaz Allah
- Dan Lafaz HU yang sudah sedia ada dalam Nafas kita sejak kita diberi Nyawa
- Dan Lafaz Allah yang turun kembali kepada Allah
- Ianya kembali untuk membawa Nyawa dan Hayyat yang baharu
- Setiap Saat Nyawa dan Hayyat di perbaharui dan serta dikekalkan sehingga ke akhir Nafas
- Setiap Nafas adalah pembaharuan Kontrak Hidup dari Allah
- Oleh yang demikian kita tidak boleh melupakan Allah dalam setiap NAFAS kita
- Apabila kita lalai dari Zikir Nafas maka bererti kita telah menyerahkan Nafas kita yang setiap saat diperbaharui oleh Allah kepada Syaitan Laknatullah
- Syaitan dengan peluang yang diberi kepadanya akan membawa masuk bersama ratusan kuncu-kuncunya dan tentera-tenteranya yang terdiri dari Jin / Hin/ Bin dan macam -macam Jin lagi kedalam nafas kita seperti Firman Allah Dalam Surah Anaas
- Menyerahkan Nafas kita kepada Syaitan adalah Satu penderhakan yang amat zalim dari sisi manusia dan satu penganiaan terhadapa Nikmaat Nafas dan Hayyat yang diberi kepada kita setiap saat
Semua Ulama Hassan dan Awliya Allah, termasuk seorang Ulama yang diiktiraf oleh seluruh ummat Islam sedunia iaitu Imam Al Ghaazali menegaskan dalam kitabnya bahawa mereka yang tidak berzikir nafas telah melakukan satu penghkianatan kepada Allah Subhana Wataala dengan jelas dan nyata.
Perkara ini terbukti walau macamana pun seseorang itu kaya dia tidak akan gembira, kalau ia gembira ia tidak akan bahagia, kalau dia bahagia dia tetap tidak akan merasa kepuasaan dalam segala jenis pencapaian dan kalau dia merasa kepuasan dia tidak akan merasa ketenangan. Jika dia merasai ketenangan dia tidak akan ada keharmonian diantara pengisian Jiwanya.
Semua ini adalah punca dia menzalami dirinya dengan menyerahkan NAFASnya kepada Syaitan, Jin, Manusia dan Dunia dan dengan hakiki tidak memberinya kepada Allah Subhana Wataala.
Dan perkara ini berlaku kerana dia tidak mempelajari, bertanya tentang Ayat Allah dalam Al Quraan [ Surah AL Araaf – Ayat 205].
Dan perkara dan hakikat kemuliaan ayat ini tidak sampai kepada kita kerana ramai Ulama zaman modern ini mendustakan KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH dan Ahlinya yang terdiri dari ARIFBILLAH, ALIMBILLAH, SOLIHEEN, SYUHADAH, SIDDIQEEN, WARZATUL ANBIYA dan Ulama Billahi.
Ramai ummat ISLAM memuja falsfah barat dan juga ulama wahabbi dan mereka yang memperkecilkan Wali-Wali Allah. Hindarilah dari mereka sebelum Iman dan Aqeedah kita hancur dan dicemarkan oleh mereka ini.
Langlah Pertama
Hadirkan diri untuk Mengenal Kesahihaan ILMU ZIKIR NAFAS – seperti yang diperjelaskan dalam Al Quraan dan juga dala Hadis – Hadis Sohih.
Hadirkan diri untuk Mengenal Kesahihaan ILMU ZIKIR NAFAS – seperti yang diperjelaskan dalam Al Quraan dan juga dala Hadis – Hadis Sohih.
Kemudian rujuk kepada kitab-kitab Ulama Yang terkemuka seperti Imam AL Ghazali, Imam Shaffaei, Imam Hanaf , Ima Hannbali, Imam Maliki, Imam Nawawi, Imam Hassan Al Basri [ Tabiyeen ], dan banyak lagi Imam seperti Imam Al Fithani Imam Umar Al Farook Al Sarhindi, Imam Ahmed Dahlawi, Imam Khawaja Moinuddeen Chistyi.
Talian ZIKIR NAFAS sahaja akan membawa segala amalan kita kepada Allah.