Alhamdulillah wa syukurilah kita panjatkan kepada Allah SUBHANA WATAALA yang selalu melimpahkan ilham , HIDAYAH , ILMU , HIKMAH dan Kasih Sayangnnya kepada kita untuk bermakrifat kepada-Nya, dan berzikir kepada Nya pada setiap saat dan waktu mengikut kehendaknya.Jika Allah tidak mengkehendaki kita mengingati Nya maka kita tidak akan dapat Meningati Allah walaupun sesaat dan juga dalam ibadat – Ibadat tanpa Zikir adalah pergerakan tubuh yang kosong dan tiada nilai di sisi Allah.
Doa , Salam dan shalawat kita panjatkan kepada Allah SWT untuk Nabi tercinta Rasulullah Sala Allahu Alaihi Wasalam, dari Baginda lah segala lautan ILMU, HIKMAH , HAKIKAT dan Rahsia di turunkan – Tanpa Baginda seluruh ummat Manusia akan berada dalam kegelapan dan melalui risalah ZIKIR Agung yang di bawa oleh Baginda dari Langit setelah menemui Allah sewaktu Miraaj menjadi Cetusan Cinta dan Kasih abadi untuk di jalinkan dengan Allah, anugerah yang plaing istimewa yang bawa oleh Baginda kepada Ummat ini dari Allah adalah ZIKIR NAFAS. Dan inilah perintah dan suruhan yang paling afdaal dan juga Agung – Surah AL Ankaboot – Ayat 45.
ZIKIR merupakan kewajiban dan fardhu yang harus kita jalankan dalam setiap keadaan dan waktu , dimana sahaja kita berada perintah berzikir tidak boleh di tinggalkan . Amat banyak sekali perintah ZIKIR yang boleh kita jumpai dalam Ayat-ayat Suci Al Quranul Karim dan juga dalam sunah para Nabi, Rasul dan Rasulullah Sala Allahu Alaihi Wasalam.
ZIKIR, adalah satu amalan yang mudah , indah , senang dan seronok di lakukan tetapi alangkah sedihnya masyarakat Islam langsung tidak mengamalkan nya , kerana kejahilan tentang
- Hakikat Zikir
- Kemanisan Zikir
- Faedah dan kelebihan berzikir yang boleh di rasakan baik sahaja qalbu berzikir
- Maqam Orang Zakirin di sisi Robbul Alameen
Ummat Islam merasa amat susah , payah dan berat untuk melakukan Zikir dalam setiap keadaan hidup. Mereka mendapati keberatan melakukan di waktu luar solat , dan tidak perlu di katakan sewaktu beribadah – memang hanya tinggal kelalaian.Bayangkan dalam Solat kita tiap hari kepada Allah berapa saat , minit kita dapat berzikir kepada Allah , sedangkan perintah berzikir kepada Allah sewaktu Solat adalah syarat Solat itu Qabul. Ummat Islam harus cari jalan keluar dari bahaya kesesatan dalam Solat yang sering berlaku di rosakan dan di sesatkan oleh syaitan dalam setiap keadaan.Jika tidak Solat kita semua akan tertolak malah di lontar kemuka orang yang Solat dalam keadaan lalai.
ZIKIR NAFAS dengan Ismul Azham – Ismu Zat menawarkan sebuah solusi praktikal untuk mengatasi masalah ini. Dengan ZIKIR NAFAS dari rantaian para Wali- Wali Allah dan ahli Kalimah LA ILAHA ILLALLAH kita mampu mengubah Nafas kita yang kini sama seperti Nafasnya binatang , Nafas orang Kafir , Nafas nya orang Mushrik kepada Nafas Mulia Nafas Malaikaat , Nafas Nabi dan Rasool dan Nafas orang-orang Mukmin yang berzikir Nafas.Dengan latihan Zikir Nafas – Minda dan Jiwa kita dapat di latih dengan kesedaran akan Allah dalam segala keadaan hidup.
Zikir Nafas akan meningkatkan Minda dari kesedaraan tahap rendah ke sedaran otak yang tinggih , dan di bawah kawalan Rohani dan Sirr. Dan menyerah kuasa ke bawah qudrat Allah.
ZIKIR NAFAS ini dapat meningkatkan kualitas ibadah , dan juga untuk kejayaan hidup kita di dunia dan di akhirat. Dengan memelajari ILMU ZIKIR NAFAS dan pengamalan ZIKIR NAFAS kita nanti akan di muliakan Allah, di ilhami Allah untuk menjadi orang yang bahagia, kejayaan di dunia dan akhirat. Orang yang diredhai Allah maka dalam hal ehwal Rezekipun dia akan perlihara oleh Allah agar di limpah kurniakan Rezeki.
Insyaallah dengan ZIKIR NAFAS ini qalbu akan mencapai ketenangan dan dengan ketenang jiwa itu , kita akan merasai pintu rezeki di permudahkan .
Bagaimanakah Caranya untuk menyertai pengajian ILMU ZIKIR NAFAS dan mengaplikasikan ZIKIR NAFAS?
Tolong buka YOutube dan dapatkan tajuk-tajuk yang berkaitaan dengan Zikir Nafas.
Youtube – Kalimah LA ILAHA ILLALLAH – Zikir Nafas – Zikir Abadi
Sheikh DR Ismail Kassim