Zikir Nafas adalah Zikir Yang Ikhlas kerana tiada seorang Makhluk yang dapat mendengar atau merasai Zikir ini, Malaikat Kiraman Katibeen pun tidak Mengetahui amalan Zikir Nafas ini, Hanya ALLAH sahaja yang dapat mengetahui amalan Zikir dalam Nafas kita kerana yang Menghidupkan Zikir Dalam Nafas kita adalah ALLAH bukan Nafas itu atau Aqal kita, Jadi dengan satu amalan yang Khafiyee ini, segala amalan yang kita lakukan dengan Jasad pun jadi Ikhlas. Begitu besarnya Faedah Zikir Nafas.
Zikir Nafas ini adalah amalan Awliya ALLAH yang telah diberi Ilmu Lautan Kalimah La ilaha IlAllah, bukan semua ahli Sufi, Ahli Tarikat Mempunyai Ilmu dan amalan Zikir Nafas – Kerana Zikir Nafas hanya boleh hidup dengan Ilmu, Hikmah, Hakikat, Rahsia dan Asrar Syahadah, Bukan dengan ilmu sahaja.
ALLAH Hanya memberi Anugerah Zikir Nafas kepada mereka yang diberi jalan ILMU KALIMAH LA ILAHA ILALLAH – ILMU ALLAH Yang Maha Agung, Yang Maha Tinggi, Yang Maha Luas – Jika tidak diisi dengan
ILMU
HIKMAH
HAKIKAT
RAHSIA
TAJJALI
TAQLUQATE
ASRAR
GABUNGAN di 7 Peringkat Maqam Asrariyah
Maqam Latifiyah
Maqam Ubudiyaah
Maqam Uluhiyaah
Maqam Insaniyah
Maqam Aqaliyaah
dan beberapa lagi ilmu dan hikmah dalam bab ini.
Zikir Nafas sahajalah satu kaedah untuk merasai
– Ketenangan Hakiki
– Ketenteraman Zikri Abadi
– Kebahagian Abadi
Kesemua bab ilmu-ilmu ini disampaikan dari peringkat ke peringkat.