Zikrul Anfas

Talian Yang Menyambung Setiap Nafas

Zikir Nafas adalah satu talian yang menyambung setiap Nafas- Nafas guru-guru Murshid kita sehingga ke Nabi Mulia Sala Allahu Alaihi Wasalam. Talian ini adalah sedekah dari mereka semua dan kerana usaha mereka lah kita dapat Zikir Nafas – Oleh itu sentiasa doakan untuk Maqam, Darjat dan kesejateraan mereka di sisi ALLAH dan baca tiap hari lepas 5 waktu Solat Surah Al Fatiha tanda kasih Sayang dan Syukur kita kerana ikhtiar dan usaha mereka , dengan itu ALLAH akan membuka pintu-pintu berkat dan Nikmat Kerohanian dari mereka . Jika mereka tidak berusaha menyebarkan Ilmu dan amalan ini, sudah pasti kita tidak akan dapat nikmat Zikir Nafas ini, besar sungguh pengorbanan dan jasa mereka Guru-guru Mulia kita ke atas kita dan wajib kita sentiasa berkhidmat , berkorban apa sahaja, Menghormati , Memuliakan , Mencintai , Mengasihi mereka , Melindungi, Menjaga nama baik mereka dan tidak sekali-kali menyakiti hati mereka dan perasaan mereka walaupun sezarah atom. berbuat baik kepada mereka dalam apa sahaja keadaan kerana mereka adalah pilihan ALLAH ke atas kita Sabda Nabi Mulia Sala Allahu Alaihi Wasalam.

Leave a Reply