Hanya Untuk Ahli Zikir Nafas yang sudah terbuka Qalbu mereka semasa
majlis Zikir semalam [ 20-09-14]
Jika Ahli Zikir Nafas ingin menjadikan Qalbu mereka Sebagai Arasyh
ALLAH maka tanamkan Pengertian ILMU ILLAH dari lautan Ilmu KALIMAH LA ILAHA ILALLAH di pertengahan 4 Maqam Qalbiyah – yang duduknya
di tempat mana Rasul ALLAH telah memberi isyarat dengan jari- jari Mulia
Baginda Sala Allahu Alaihi Wasalam.
Hadis ini sungguh mengandungi banyak makna , maksud , ilmu, hikmah
maarifah dan juga Hakikat dan tidak kurang seluas luas semua lautan
Ilmu Asrar dan Ghaib.
Kerana Ilmu Ghaib berkaitan hadis ini berlainan keatas setiap Mukmin
yang Mengamalkan Syahadah dan Muraqabah ini.
Sesiapa yang ingin ambil Hikmah dan Ilmu ini , kami akan beri izin
di majlis yang akan datang. Jika Qalbu ini tidak di jadikan Arasyh
ALLAH , Ketahuilah bahawa ia akan jadi Istana musuh-musuh ALLAH.
Kerana ini adalah Keinginan ALLAH yang telah Memilih Qalbu Mukmin sebagai
Arasyh ALLAH , ini bukan pilihan kita tetapi Keinginan dan Cinta ALLAH.
Sebelum Qalbul Mukmineen menjadi Arasyh ALLAH perlu ia kenal dan berilmu tentang ILLAH dan ILLAHUN Waheed dan mencapai Qalbu yang
sudah bersyahadah dan Roh yang sedang bersyahadah , dan Sirr yang
sudah tengelam dalam Syahadah Rabbul Alameen.
Ini adalah Ilmu dari lautan dan khazanah Mujadid Fi Tauhid Ilmu KALIMAH LA ILAHA ILALLAH dan secara langsung dari Tuan guru Yang Mulia Sheikh Sultanul Awliya.
