Zikrul Anfas

Kepastian Zikir Nafas selepas di Talqinkan.

Soalan dari seorang Jemaah tentang kepastian Zikir Nafas selepas
di Talqinkan.
Assalamualaikum Sheikh. Semoga sihat selalu setelah berdakwah di Aceh.
Saya mohon pencerahan …bagaimana kah kita dapat tahu jika zikir nafas kita itu berjalan lancar setelah di talkinkan. Ada tanda tanda kah?.
Bermula dari Pusat tarik Nafas secara perlahan-lahan menyedari Nafas itu beredar dengan Kuasa ALLAH dengan Penuh Fokus sampai ke Ubun-ubun dan di sana tahan Nafas selama 1 , 2 , 3 Minit dan berkata-kata dalam Qalbu Ya Allah Hamba telah serahkan Nafas ini untuk berzikir di hadapan Musrhid ku hari pertama di talqinkan Zikir Nafas , Hidupkan Nafas Hamba dengan Nama Mulia Nama Ismu Zat Mu , selama-lamanya – Ada banyak lagi cara yang berkesan mulakan dulu dengan ini, dan sentiasa bersyukur 5 waktu sebelum dan sesdudah Solat Fardhu kerana di anugerahkan Zikir Nafas.
Khabarkan kesan dan peredaran Zikir Nafas dalam diri dan hidupkan seterusnya dengan ILMU PENGHIDUP QALBU yang akan secara Mutlak dan Fitrah akan menghidupkan Nafas dengan Zikirullah – Kaedah nya satu sahaja Mengenal ILLAH 24 jam dan ianya akan berlaku hanya apabila Qalbu itu di isi dengan ILMU KALIMAH LA ILAHA ILALLAH dan sentiasa bersama mereka yang hidup Zikir Nafas nya sekurang-kurang di 2 Maqam atau Maksimum 5 Maqam dalam diri.
Ameen , Usahakan ke arah Zikir 24 Jam dengan Nafas mu.

Leave a Reply