Bismillahir Rahmanir Rahim
ILMU Zikir Nafas boleh dipelajari dari peringkat ke peringkat
- Peringkat Mubtaadi
- Peringkat Mutawassit
- Peringkat Muaalim
Di peringkat pengenalan tentang Zikir Nafas, seorang peserta akan didedahkan dengan pengenalan Zikir Nafas dari sudut Al-Quran/ Qalam Allah dan segala Ayat-Ayat yang berkaitaan dengan Zikir Nafas.
Seterusnya kita akan mengupas dengan lebih jelas tentang Hadis Qudsi, Hadis Sohih Nabi Mulia Sala Allahu alaihi Wasalam.
Peserta wajib di dedahkan erti dan makna hakiki ayat-ayat Al-Quran yang ada hubungkait yang amat rapat dengan Zikir Nafas, yang kini disalah tafsirkan – perkara ini amat mengejutkan mereka yang tidak mengenal bahawa Al-Quran tidak boleh difahami dengan :
- Terjemaah
- Tafsir Mufasireen
- Asbabun Nuzul
sahaja tetapi Al-Quran mesti dikenali melalui :
- ILMU Al-Quran
- Hikmah Al-Quran
- Hakikat Al-Quran
- Sirr Al-Quran
- Noor Al-Quran
Allah akan menyampaikan kepada seseorang yang telah diberi ILMU [ Surah Al-Baqarah – Ayat 282] dan mereka yang telah diberi ILMU dan HIKMAH tentang ILMU KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH.
Oleh itu pelajarilah ILMU KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH ini jika anda ingin mengetahui Al-Quran sepertimana Allah inginkan, kita sebagai orang yang berIman harus mempelajarinya.