Zikrul Anfas

ILMU Zikir Nafas Dan Applikasinya

ILMU Zikir Nafas adalah khazanah dari lautan ILMU yang diperolehi oleh para  Ahli Kalimah LA ILAHA ILLALLAH.
Allah memuliakan Ahli Kalimah LA ILAHA ILLALLAH dengan satu talian yang kukuh melalui satu hubungan yang erat diantara hambaNya dan Allah sebagai Khaliq.

Talian ini terjalin dengan Talian Zikir Nafas. Dan Nafas yang telah diberi talqin dengan Zikir  Asmaul Zat Allah akan sentiasa berzikir dengan Nama Zat Allah selama -lamanya walaupun hamba itu sudah mati dan dikebumikan kedalam liang lahad.

Nafas adalah Rahsia Allah Subhana Watala dan ianya tidak akan mati selama-lamanya, ia akan hidup dan berterusan disisi Allah .
Zikir Nafas ada Zahirnya dan ada bathinnya. Apabila kita lalai dari sedutan dan hembusan Zikir Zat Asma Allah, maka yang zahir itu lalai tetapi Zikir yang bathin itu medahagakannya – ia sentiasa memberontak untuk menghidupkan Nafasnya dengan Nafas Lafaz Allah.

Zikir Nafas adalah anugerah yang amat mulia dari sisi Allah kepada semua ahli Zikir Nafas kerana thalab mereka mencari Allah Subhana Wataala. Zikir Nafas menghidupkan Qalbu dan seterusnya mendorong Qalbu berzikir kepada Allah secara spontan dan dengan itu hiduplah qalbu, minda dan juga zikir pancaindera.

Zikir Nafas mampu menghidupkan Qalbu dengan Zikir Kalimah LA ILAHA ILLALLAH dan juga ianya akan dengan spontan menghidupkan Zikir Pancaindera.

Dengan kaedah ini sahaja anda akan merasai Hakikat Kemanisan Zikirullah, dan juga dengan kaedah ini sahaja anda akan merasa ketenangan Qalbu dan Jiwa.

Tanpa anda mencuba anda tidak akan mengetahuinya atau menyedarinya,  bahawa hakikat Zikir wujud dan dapat dirasai setiap saat dan keadaan dengan ZIKIR NAFAS.

Leave a Reply