Zikrul Anfas

Hikmah Zikir Nafas

ILMU Zikir Nafas dapat di fahami dengan lebih dalam dan terperinci melalui ILMU HIKMAH Nafas. Apakah Hikmah Zikir Nafas?. Hikmah Zikir Nafas adalah mengenali ILMU Zikir Nafas dengan lebih dalam dan lebih jelas dari segi Zahir dan Bathin nya. Dengan pengenalan Hikmah Zikir Nafas anda akan memahami lautan Hikmah dalam ilmu dan amalan Zikir Nafas itu sendiri. Di manakah letak penilaian kita tentang Nafas. Apakah Nafas ini tidak ada nilai dalam hidup kita , bagaimana kita menghargai pemberian Allah dengan setiap Nafas yang di sedut dan yang di hembus , setiap saat , setiap minit , setiap jam , setiap hari dan malam. Tidak cukup dengan itu hari demi hari , minggu demi minggu berlalu dan sudah bertahun bernafas dengan pemberian kurnia Allah Yang Maha Mulia dan Besar tetapi Manusia menginkarinya. Bersyukur dengan lafaz bukan cara kita menyedari Nikmaat pemberian Allah tetapi menyerahkan Nafas kita kepada Allah Subhana Waatala. Bagaimana kita dapat menyerahkan NAFAS kita kepada Allah bukan kepada Nafs kita , bukan kepada Syaitan bukan kepada pemikiran dunia dan selain daripada Allah. Adakah penyerahan Nafas ini melalui pengorbanan nyawa ?. itu hnaya sekali habis pengorbanan – yang Allah kehendaki adalah Pengorbanan dengan setiap Nafas – kepada Allah – Ini adalah JIHADUL AKBAR bukan jihad sekali gus mati dan tiada lagi pengorbanan konsisten kepada Allah. Renungkan lah subjek ini secara mendalam dan kita akan mengetahui bahawa kita ini hanya melafazkan pengorbanan kita hanya dengan lafaz kosong, bukan dengan secara praktical atau perasaan yang dalam dan bermakna. Di sinilah kita wajib berilmu tentang NAFAS Anugerah Yang terbesar dalam hidup dengan NAFAS Nafas yang di redhai oleh Allah Nafas Yang Berzikir dalam 24 jam Nafas Yang menghalang penghembusan Syaitan dan bisikan-bisikan Setan Iblis dan nafs yang kalah dengan ZIKIR NAFAS Nafas yang abadi Nafas yang kekal dengan Ketenangan Nafas yang tenang Nafas yang telah mencapai Maqam Muthmayeena

Leave a Reply