Zikrul Anfas

Hanya Untuk Ahli ZIkir Nafas – Pesanan Sheikh Dr Ismail Kassim
Pakar Motivasi Minda – Emosi dan Qalbu – Kajian 29 Tahun Tauhid
La ilaha IlAllah
Apabila Zikir Nafas mu di kaitkan dengan ZIkir Uluhiyyah di peringkat Aqal kemudian di ikat dengan Zikir Qalbiyyah anda akan rasa keadaan Qalbun Salim dan apabila Zikri Qalbu terjalin hubungan nya dengan Zikir Roh yang beberapa jemaah di antara kita sudah menikmati nya maka ia akan merasai Thatmayeenal Qulub dan apabila Zikir Sirr terbuka maka ia telah Mencapai Maqam Nafsul Muthmayeena
Berbahagia mereka yang sudah ada Zikir Nafas , dan segala penjelasan ini wujud dalam Al Quran dan banyak hadis Nabi
Ilmu-ilmu yang berharga ini tidak boleh di bingkar dalam kaca internet ini , Kerana ada Sabda Nabi Mulia – Jangan lah kamu memberi Ilmu kepada yang bukan ahli nya , sama seperti mengkalungkan rantai mutiara di atas leher babi [ Hadis Sohih ] Bukan ahli nya erti bukan mereka yang mencari ILMU ALLAH – ILMU LA ILAHA ILALLAH mesti di cari – Ilmu Agama rak perlu di cari ada di merata tempat dan akan di paksa oleh ibubapa , Ilmu La ilaha IlAllah mesti di cari Nabi Mulia pergi ke Gua hira untuk mencari , Nabi Musa [as] pergi menuntut ilmu ini ribuan batu .
Jadi kalau ada pengikut yang tak faham atas penjelasan di atas jangan marah ya , sebab ini hanya Muzakarah dan peringatan kpd Ahli ZIkri nafas sahaja – Semalam ramai yang melontar kata-kata kesat di Zikri nafas Zikri Abadi kerana mereka tak faham tentang 5 Maqam Zikirullah di Tahap
– Aqal
– Nafas
– Qalbu
– Roh
– Sirr
Carilah Ilmu dalam Majlis bukan di dalam kaca maya – hadirkan Qalbu kamu di majlis dengan Qalbu ke Qalbu – Baru dapat rasa kemanisan Ilmu,
Belajar ilmu dengan kaca di sini seribu tahun pun tak akan berubah keadaan hal ehwal qalbu kalian.

Leave a Reply