Penyempurnaan 15 Juta Selawat Salam di Pulau Besar Melaka
SELAWAT & SALAM SEDUNIA
HARI PENYEMPURNAAN 15 JUTA SELAWAT KEATAS HABIBULLAH MUHAMMAD SALA ALLAHU ALAIHI WASALAM
11-12-13 RABIUL AWAL 2015 [ 2-3-4 January 2015] PULAU BESAR MELAKA
Bersama 12 Kumpulan Mawlid
Malaysia- Indonesia-Brunei-Singapore Pakistan-India-Syria
Kehadiran Ulama-Ulama Dari Indonesia , Pakistan,India
- Program 15 juta Selawat & Salam terbuka kepada Semua Ummat Islam seluruh Dunia.
- Penyempurnan 15 Juta Selawat & Salam ini akan di raikan pada 11-12 Rabiul Awal tahun 2015 di Pulau Besar Melaka bersaman January 2-3-4 2015.
- Peserta Program ini terdiri dari Anak Murid . Khalifah , Mubaligh Guru Musrhid Sultanul Arifien Sheikh Syed Noorullah Shah di 40 buah Negara di seluruh Dunia.
- Setiap Ahli Zikir Nafas akan mengumpulkan Selawat & Salam Keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sala Allahu Alaihi Wasalam bermula dari Rabiul Awwal yang lepas sehingga Akhir Bulan Rabiul Akhir [ Minima 500 Selawat Sehari yang telah di janjikan kepada ALLAH ] semasa bayaah kepada ALLAH [ Surah Al Fatah – Ayat 10 ] – [ Jumlah besar 150,000 selama 10 bulan ].
- Peserta Yang bukan ahli Zikir Nafas boleh menyertai Program 15 Juta dengan Menyumbang sekurang-kurang nya 100 Selawat sehari bermula dari 1 November sehingga hujung bulan rabiul Akhir sebanyak jumlah 15,000 selawat dan salam
- Program Berselawat & Salam secara kumpulan telah bermula 5 tahun yang lalu dari Sejuta Selawat & Salam
- Ramai peserta telah mendapat hasil dan keberkatan dari Program tersebut
- Kanak-kanak juga di galakan untuk mengambil bahagian dalam program ini agar jiwa mereka di didik dengan Cinta Pada Selawat dan untuk Memberi Semangat dengan satu kelebihan telah menyertai Rekod Dunia dalam Selawat dan Salam pada Nabi Mulia Sala Allahu Alaihi Wasalam
- Niat nya adalah – Kami berikrar dan beraqad untuk berselawat sebanyak jumlah [ yang telah di tetapkan ] bersama kumpulan Ahli Syahadah dan ahli Zikir Nafas
- Ya ALLAH kami jadikan Jumlah Selawat ini sebagai Cagaran di sisi Mu untuk segala hajjat zahir dan bathin kami di dunia dan akhirat , wajib memulakan dengan Niat tersebut agar ALLAH memudahkan segala permintaan dan hajjat kita
- Ya ALLAH dengan 15 juta Selawat ini Selamatkan seluruh Ummat Muhammad Sala ALLAHU alaihi Wasalam dari dosa , bala bencana , dari kekufuran dan Kesyirikan dan Ampunkan Ummat Nabi Muhammad di dunia dan di akhirat dengan Noor Kalimah Mu dan Noor Suci Nabi Kekasih Mu . Qabul kan segala hajjat kami dgn jumlah selawat.