DARI 7 JENIS PERSAHABATAN, HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT
Apabila kita menjadi ahli zikir nafas segala rahsia persahabatan
akan dapat di kenali dengan jelas.
Hanya ahli Zikir Nafas dan ahli kalimah la ilaha IlAllah yang dapat mempraktikan persahabatan di peringkat yang di redhai ALLAH , kerana Iman sudah bertapak dalam Qalbu nya.
1. TA’ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.
2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.
3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.
5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.
6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita…Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka.
Seperti firman Allah SWT :
“Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati…”
(Surah Ali Imran : 120)
Rasulullah Salahu Alaihi Wasalam mengajarkan doa :
“Allahumma Ya Allah… selamatkanlah aku dari
sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan.”
7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabat yang lahir batin, tulus
saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib
sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam
dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya.
Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta’ala.
Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 – 6 akan
LENYAP di Akhirat.
Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7 yakni persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT :
“Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan”
(Surah Az-Zukhruf :67).
Ahli Zikir Nafas adalah mereka yang berada di golongan yang ke -7 , tetapi Syaitan akan mengunakan kesempatan dengan Ego, Nafs amarah , Nafs Lawamah dan Mafs Mulhimmah untuk menghancurkan jemaah di atas Iman ini agar mereka tidak termasuk dalam golongan yang ke -7 ini.
Doakan lah selalu untuk setiap ahli jemaah Zikir Nafas yang kita kenal dan pernah bermesra. Nescaya anda tidak akan jatuh dalam hasutan Syaitan dan bisikan jin / manusia
Apabila kita belajar ilmu kalimah la ilaha IlAllah sudah pasti kita akan merasai kemanisan Iman dan Hakikat Aqeedah yang benar kepada ALLAH dan persahabatan dengan orang Mukmin yang telah Mempelajari Ilmu Kalimah la ilaha IlAllah akan menambah Noor Ukhwa dalam diri dna hidup kita kerana ALLAH Taala sahaja. Itu lah Ukhwa yang benar dan sohih di sisi ALLAH .