Ilmu Syahadah menghasilkan Ilmu Nafi dan Ithbath
Almarhum Tuan Guru Baba Abdul Aziz bin Shafei al-Fathoni R. A. pernah berkata (Ogos 2010): “Antara jalan untuk menghilangkan dua sifat tercela ini adalah dengan memasuki alam tarbiyah yang dibimbingi oleh seorang mursyid murabbi. Jalannya pelbagai. Antaranya dimulakan dengan istighfar, disusuli dengan zikir nafi-isbat atau zikir Zat (Ya Allah) atau Ismu Zat (Ya Hu) dan diakhiri pula dengan selawat. Natijah dan hal (keadaan dalam hati) mesti ditafsirkan oleh murabbi berkenaan. Adalah cukup bagi seorang salik dengan seorang murabbi. Berlawanan dengan ilmu-ilmu agama yang lain”.