Ilmul Yakin

Setiap Ilmu Dan Amalan Yang Kita Pelajari

Setiap Ilmu dan amalan yang kita belajar mesti membawa diri, Nafas,Aqal, Qalbu, Roh kita Mengingati ALLAH , jika tidak ia adalah sia-sia belaka. Kerana 5 Rukun Islam itu adalah kenderaan yang membawa kita kepada ALLAH , jika dengan kenderaan 5 Rukun Islam kita tak sampai ke Destinasi Hadrat ALLAH , makna amalan itu amalan yang sesat dari sasaran nya , terpesong di tengah jalan kerana [ Ghairil Ma’dhoobi alaihim ] dan sesat sampai ke tempat yang wajib di tuju [ Wala thaa leen ] Al fathiha.

Setiap Rukun Islam yang tidak di isi dengan Ilmu La ilaha IlAllah anggap lah amalan dan ilmu itu tidak sampai pada Allah. Usaha dan Missi kami adalah memastikan segala amalan dan ilmu kalian di isi dengan ilmu, Hikmah , hakikat < Syahadah KALIMAH LA ILAHA ILALLAH dan sudah pasti dna terjamin amalan mu akan sampai kepada ALLAH dengan Firman Agung Nya [ Surah Al Fathir - Ayat 10] Kepada Nya sahaja terangkat KALIMAH THOYIBB [ KALIMAH LA ILAHA ILALLAH ILMU Nya ] dan amalan Soleh. Makrifat yang tertinggi adalah Mengenal ILLAH melalui ILMU Uluhiyyah dan Ilmu Uluhiyyah di sampaikan dan di ajar melalui ILMU KALIMAH LA ILAHA ILALLAH yang di wajibkan oleh ALLAH dalam [ Surah 47 Muhammad - Ayat 19] , sesiapa sahaja dari kalangan Ummat Islam yang belajar Makrifat Ilmu dan cabang-cabangnya , Ilmu Sifat 20 , Ilmu berkaitan dengan ALLAH , tidak akan sampai ke sisi ALLAH , malah bukan yang di Perintah kan oleh ALLAH , Dengan Firman Agung Nya ALLAH berfirman Pengenalan, Pembelajarn , Permulaan Makrifat mesti lah melalui ILMU KALIMAH LA ILAHA ILALLAH. [ Muzakarah Ilmu dari rumah Kak Zalimah - Keramat ] Dan setiap Ilmu yang kita belajar wajib membawa diri , aqal, qalbu Nafas dan Roh Mengingati ALLAH dan ia mesti menjadi kan diri kita mengingati Zikir Yang Afdaal iaitu Sabda Nabi Mulia [ Zikir La ilaha IlALLAH ]. Jika tidak segala ilmu yang kita belajar adalah sia-sia sahaja dan tidak membawa kepada apa manfaat pun. Rujuk kitaab Syarahan Awliya Allah dan Perintah ALLAH. Tidak Aku utuskan 124,000 Nabi & Rasul kecuali untuk Menyebarkan dan Mengajar dan Belajar ILMU KALIMAH LA ILAHA ILALLAH. Dan segala utusan yang Ikhlas dan tulen adalah Pemilihan dari ALLAH DaeiALLAH - [ Surah Al Anbiya - ayat 25]. Dan Peringatan Zikir Afdaal akan menjamin kita mati dengan Mengucap Dua Kalimah Syahadah. Ini lah Hakikat dan perolehan dari Mempelajari ILMU Manfaat Dunia dan Akhirat. Jangan kita tertipu dengan Tipu daya Nafs-Nafs dan Syaitan , serta Manusia yang membawa kita jauh dari jalan ALLAH Yang Benar. - Soalan Yang telah di ketengahkan pada hari majlis ilmu 1) Bagaimana kita boleh menjamin diri agar mati Mengucap kalimah La ilaha IlAllah ? 2) Siapa Robb mu - boleh tak kita jawap soalan ini di dunia?. 3) Manakah Ilmu Yang wajib di pelajari dahulu?

Leave a Reply