Ilmul Yakin

Qalbu Amat menginginkan Pengenalan Tentang ALLAH

Qalbu Amat menginginkan Pengenalan Tentang ALLAH itu lah perjanjian di antara Qalbu dan Roh di alam Arwah tetapi Aqal telah Menipu jasad dan Qalbu akhirnya dia tidak tenang dang tenteram di dunia dan di akhirat. Qalbu Mengenal Dan Zikirnya adalah Mengenal ILLAH , kerana setiap Zarah dalam tubuh badan dan Qalbu di kuasai oleh Kuasa Uluhiyyah dan Qalbu ada Fitrah Uluhiyyah untuk memaham Bahasa ILLAHUN HAQQ dan ILLAHUN WAHEED. Bila Qalbu di isi dengan ILMU LA ILAHA ILALLAH segala ilmu dan Syahadah yang ada di alam Roh dan Rohani akan memancarkan Cahaya Rohani kedalam Qalbu nya. Apabila Qalbu sudah mula bersyahadah maka Roh akan pancarkan segala Syahadah nya di hadapan ALLAH dan semua alameen yang ada di bawah Roh itu ke dalam Alam Qalbu dan apabila Qalbu melihat segala kejadian yang sedang berlaku di alam Rohani seperti yang kita lihat dalam Mimpi seperti Mimpi Nabi Mulia , Nabi & Rasul dan semua arwah yg telah meninggal maka Qalbu beriman , Yakin dan berpegang kepada Aqeedah Syahahdah. Jadi Syahadah Qalbu mesti di hidupkan dengan Ilmu Syahadah di 7 Peringkat dan di 4 Alam baru lah kita akan yakin dengan Sebenar-benar Yakin

Leave a Reply