Dalam ratusan kitab-kitab yang kami rujuk dan Ulama-ULama Ahlulllah dan ilmu Mantiq – Ilmu Falsafah Fil Iman, Fil Ihsan dan Zikir Ilmu Tauhid dan kitab Ihya Ulumudin bahawa Zikir Nafas adalah Zikir Yang tiada tandingannya dalam Mengamalkan Kaedah Zikir dalam setiap turun dan naiknya Nafas.
Ketahuilah Saudara-Saudariku bahawa tiada amalan yang tertinggi dan yang paling indah kecuali Zikir Nafas dan ilmu yang Tertinggi dan Amat Mulia adalah ILMU KALIMAH LA ILAHA ILALLAH dan tiada mereka yang mengingkari kenyataan dan kebenaran ini kecuali mereka telah Mengkufurkan Kebenaran dan Qadar Kebesaran ALLAH. Setelah dijumpakan dengan kedua-dua keadah ini [ Amalan Zikir Nafas dan Ilmu KALIMAH LA ILAHA ILALLAH ] pencarian kita mesti berakhir di sini dan kekal dalam kedua-dua amalan sehingga ke akhir Nafas kita dengan Zikir Nafas dan mati mengucap dua KALIMAH Syahadah sehingga diberi Kunci pintu Syurga dan dijamin dengan Syurga seperti Bunyi Hadis [ Barangsiapa yang akhir qalam nya adalah KALIMAH LA ILAHA ILALLAH telah masuk Syurga [ Dahhalal Jannah – bukan akan masuk ] – Rohnya telah terbang ke dalam Syurga]. Yang kita perlu cari adalah cara menambah ilmu, hikmah, dan segala petunjuk sehingga kita dapat capai ke akhir Nafas kita.
Amalan harian boleh membuktikan bahawa adakah kita dapat mati dengan Zikir Nafas dan KALIMAH LA ILAHA ILALLAH atau tidak?. Sudah kita pelajar Petua ini?. Rahsia ini?. Hikmah ini?. Hakikat ini?. Iaitu mati Mengucap dengan dua Kalimah Syahadah dan mati dalam keadaan Zikri nafas?. Perkara ini boleh di pastikan dan dijamin keatas diri kita dengan Persediaan dan Latihan di 7 Maqam sehingga kita capai satu keyakinan yang tinggi sebelum datangnya Akhir Nafas dan malaikaat maut membawa nyawa kita melayang ke langit tujuh. Nothing is Impossible For Ahli La ilaha IlAllah, Nabi Mulia telah Mengkhabarkan tentang berita gembira keatas Ahli La ilaha IlAllah [ dalam riwaayt hadis Ibnu Umar [ra] ].
Ramai dari ahli jemaah kita sudah mencapai Maqam Sakaratul Maut dengan cara jaminan ini [ Allahyarham Iqbal dan Hajjah Mumtaz dan ramai lagi]. Boleh tanya ahli keluarga mereka untuk kepastian.
Tiada paksaan dan ALLAH tidak memaksa, tetapi wajib di sampaikan kerana jangan nanti ALLAH di salahkan apabila Nafas ummat ISLAM menderita, terseksa, pedih bernafas dengan Syaitan dan Nafs-Nafs mereka, azab Nafas yang zalim dan banyak lagi keadaan yang di terangkan dalam Al Quraan, 50,000 tahun di atas padang Masyaar dan 15,000 Tahun di atas titian Sirathal Mustaqeem, perkara ini adalah satu kebenaran dan ALLAH amat benar.