Ilmul Yakin

Hidupkan Ramadan dengan Iman

Mari kita belajar dari Sebuah Hadis Untuk Menjadi Renungkan kita bersama , sejauh mana kita telah memperolehi berkat, rahmat dan pengampunan di Bulan Ramadan.

Dari sebuah hadis [ Sohih Bukahry dan Muslim ], Nabi Mulia Sala Allahu Alaihi Wasalam – Bersabda ” Sesiapa yang menghidupkan bulan ramadan dengan Iman dan Ihtisaban nescaya ALLAH akan mengampunkan segala dosa nya yang terdahulu, Abu Daud menyambung nya dengan perkataan juga dosa-dosa yang akan datang.

Pertama Nabi Suci mahu kita mengisi ramadan kita dengan Iman – Sudahkah kita isi ramadan sehingga hari ini dengan IMAN , Solat, Bacaan Al Quraan, Tadaarus , Khatam , Zakat, Puasa , Umrah kesemua amalan ini adalah rukun-rukun Islam bukan pengisian IMAN , belajar Ilmu Agama , ceramah agama , semuanya adalah pengisian Islam bukan Iman – dari mana kah kita dapat Mengisi ramadan ini dengan Iman jika kita ingin dosa-dosa kita di ampunkan .

Apabila dosa-dosa kita di ampunkan pintu Rahmat , Berkat , Hidayah , Rezeki akan terbuka , balaa Masaalah , segala kesusahan akan di jauhkan tetapi Syarat mesti dosa-dosa di ampunkan dahulu.

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Mulia menyedarkan kita apabila tiba ramadan jika dosa-dosa kita tidak di ampunkan maka kita telah mensia-siakan ramadan ini dan celaka keatas orang itu kerana dia tidak mengambil peluang untuk membersihkan segala dosa-dosa nya.

Kami di madrasah tiap-tiap hari dan malam mengisi dengan ILMU IMAN dan dengan hasil itu dapat merasai pengampunan dosa-dosa kami dan ibadat jadi makin ringan dan di berkati. Ini adlaah bukti kukuh dengan pengisian Iman ia membawa kepada kesan yang amat bermanfaat .

Ambil lah peluang yang amat bermanfaat ini utnuk mengisi dengan IMAN . Apakah itu ILMU IMAN ?. Di manakah ILMU IMAN itu di letak ALLAH .

Leave a Reply