Hikmah Kalimah

Kesedaran Kalimah

Turunkan Ilmu , Nikmaat , Penghayatan , Kesedaran KALIMAH LA ILAHA ILALLAH dalam qalbu dan jiwa mu nescaya ALLAH akan menjamin diri mu berakhir dengan KALIMAH MULIA NYA , Kerana tajjali KALIMAH AGUNG ini akan bangkit kedalam NAFAS dan saluran Roh mu dan hembusan terakhir mu kerana Tajjali KALIMAH LA ILAHA ILALLAH , segala sesuatu hidup , mati , bermula dan berakhir dengan KALIMAH AWWAL & KALIMAH AKHIR – KALIMAH LA ILAHA ILALLAH [ hujjah kepada perkara ini ] termaktub dalam Asrar ILMU AYATUL KURSI. Tanpa Memahami Ayatul Kursi melalui ILMU KALIMAH LA ILAHA ILALLAH , ilmu dan hakikat Hayyu Ya Qayyum tidak akan dapat di isi dalam qalbu seorang Muslim – ini lah sebab nya ALLAH mewajibkan setiap Ummat ISLAM mempelajari ILMU KALIMAH LA ILAHA ILALLAH – Surah Muhammad – Ayat 19.

Leave a Reply