Hikmah Kalimah

KAITAN NAFAS DENGAN JASAD – ROH – ZIKIR NAFAS

KAITAN NAFAS DENGAN JASAD – ROH – ZIKIR NAFAS.
Nafas adalah sesuatu yang seni dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dirasai. Dari segi saintifik, nafas mempunyai oksigen yang memberi kehidupan kepada jasad. Tanpa oksigen yang cukup jasad akan menjadi lemah dan tidak stabil. Kita memerlukan oksigen yang banyak untuk menstabilkan jasad dan menenangkan fikiran. Itu sebabnya apabila seseorang berada dalam keadaan gusar, takut dan panik, dia perlu menarik nafas sepanjang-panjang dan sedalam-dalamnya bagi menenangkan fikiran dan perasaan.
Nafas ialah sesuatu yang bersifat cahaya (nur) dan adalah merupakan alat yang digunakan oleh roh dalam menyatukan dirinya dalam jasad. Nafas berada dimana-mana dan sentiasa keluar masuk dalam jasad dan ia tidak bertempat. Malah apabila nafas masuk ke dalam jasad ia mengembara dan melalui beberapa makam yang ada di dalam jasad. Nafas juga boleh terbang dan pergi sejauh yang tidak dapat kita sangkakan dan kemudiannya kembali kepada kita apabila kita memerlukannya. Nafas juga merupakan tali penghubung kepada Allah s.w.t bagi roh dan jasad.
Nafas perlu dipelihara dan dijaga dengan baik supaya apabila ia masuk kedalam jasad ia membawa perkara-perkara yang baik dan apabila keluar akan membawa perkara-perkara yang tidak baik dari jasad kita. Nafas mempunyai perhubungan yang penting seperti berikut:-
1. Nafas adalah satu alat yang padanya izin Allah diletakkan.
2. Nafas bertanggungjawab membawa sifatullah dari hati ke pelbagai pusat badan, fikiran dan roh.
3. Nafas menimbulkan keseimbangan dan harmoni kepada sesuatu ragam badan.
4. Nafas membawa unsur-unsur kehidupan dari luar badan ke dalam badan untuk fungsi-fungsi jasmaniah.
Nafas adalah pengatur suka, duka, gembira marah, dengki dan lain-lain emosi. Kuantiti dan kualiti nafas mempunyai kesan langsung dan tertentu terhadap kesihatan manusia. Pelbagai kejadian fizikal atau jasmaniah boleh mengubah, menutupi atau melitupi intipati Noor Robbul Alameen yang dibawa dalam nafas.
Nafas adalah merupakan pertalian antara ROBB Semesta Alam dengan manusia. Dari mula kita dilahirkan sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir, kita sebenarnya telah menggunakan nafas kita bagi tujuan suatu kehidupan. Setiap satu nafas yang digunakan adalah akan memendekkan jumlah keseluruhan nafas yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t kepada kita.
Maka oleh itu jaga dan hargailah nafas yang ada pada kita dan juga gunakanlah nafas itu kepada jalan kebenaran dan bukan sebaliknya.
Nafas jika tidak di isi dengan Zikirullah iaitu dengan ISMU ZAT ALLAH akan memberontak dalam minda, emosi dan rohani seseorang itu hingga berlaku bermacam-macam keadaan yang resah, keliru ,bermasalaah dan membawa jiwa jauh dari ketenangan .
Akhirnya manusia tidak juga memahami keadaan ini , bila mereka berdoa dan berdoa kepada ALLAH , sudah pasti dia akan sampai ke Page FB Zikir Nafas kerana itu adalah jalan membawa kita ketenangan , kebahagian dan Ketenteraman abadi. Tetapi ramai tak faham cara ALLAH memberi petunjuk kepada mereka dan pergi mencari lagi kerana aqal fikiran mereka di s esatkan oleh Nafs-Nafs, Nafas jin, Syaiatan dan iblis laknatullah.
Zikir Nafas berpotensi untuk menyembuh segala Penyakit Qalbu dan Rohaniyah dan memberi Cahaya ke dalam Qalbu yang mendahagakan Thatmayeenal Qulub.
Carilah Zikri Nafas dan ambilah amalan dari Kami secara IKHLAS dan percuma seumur Hidup tak perlu bayar . Ilmu nya pun FREE of Charge.

Leave a Reply