Dengan Nama ALLAH Yang Maha Benar , Maha Mengetahui Maha Pemurah , Maha Pengasih
Hari ini Hamba ingin mengkongsikan Topik yang di ilhamkan oleh ALLAH khusus untuk mereka yg hadir kem 6 & 7 Sept. Topik nya adalah ” Berkommunikasi Dengan ALLAH Maha Mutakalim Melalui Zikir Nafas”. Dalam masa 27 tahun ini tidak pernah di ilhamkan untuk membuka Ilmu ini.Kerana ada 7 orang yang ikhlas benar-benar mencari ALLAH , Ilmu ini di bukakan. Dan bukan semua yang membaca ini akan terbuka qalbu dan minda mereka untuk di amalkan.
Tepat Pukul 3.33pagi tadi di kejutkan dengan satu sentuhan yang lembut di sebelah tangan tetapi amat mendalam sentuhan-nya ,ramai tahu bahawa ia adalah Malaikaat Tahajud , Fajar , Subuh atau pendorong untuk meminta hajjat.
” Bagaimana berkommunikasi dengan ALLAH Yang Sentiasa Berkommunikasi
Mengunakan Zikir Nafas yang telah di talqinkan “.
Pertama niatkan dalam qalbu , Ya Allah Hamba ingin menambah Iman , Taqwa dan Syahadah dengan jawapan dan kommunikasi ini.”
Selepas baca Surah Al Fathiha kepada semua Guru-guru, Ibu bapa sehingga Nabi Mulia ,tundukan kepala ke arah Qalbu dalam keadaan mata tertutup dan bertanya soalan kepada Qalbu iaitu diri sendiri”. 101 Soalan seperti ini
” Siapa yang memberi Nafas ini ?.”
” Siapa yang menjalankan darah ini ?.
” Siapa yang memberi aku nyawa?
” Siapa yang memberi ku iradah?
” Siapa yang menjalankan hidup ini?
” Siapa yang berkuasa di atas segala perbuatan hamba?
” Siapa – Siapa – Siapa ? seribu soalan
Perhati Nafas mu akan Menjawap ALLAH HU ALLAH
3 orang malaikaat akan di utus dengan jawapan Pertama
ALLAH – Malaikaat dari Alamul Syahadah yang Menjunjung
Nama Ismu Zat ALLAH – menjawap nya Malaikaat Kedua
Menjawap HU dari Alamul Hu [ Malaikaat Yang Menjunjung
Nama Agung HU ] dan seorang lagi Malaikaat yang Menjunjung Nama
ALLAH dari Alamul Lahoot.
Dengan jawapan ini anda akan bertambah Yakin dan qalbu anda
akan semakin mantap dengan Aqeedah [ makna ikatan hubungan dengan
ALLAH ] Zikir Nafas bertambah mantap.
Amalkan tiap-tiap hari anda akan merasa ajaib dengan Mukjizat ini
yang berlkau di zaman jahiliyah dengan Satu Mukjizat yang besar
dalam diri kita sendiri. Mereka yang tiada ZIkir Nafas tak akan
dapat jawapan melalui Nafas mereka. Ini lah cara 124,000 Nabi dan Rasul berkommunikasi dengan ALLAH setiap saat.
Hamba juga di beritakan oleh ALLAH agar Rencana ini di popularkan
demi untuk membawa Insan-insan dekat diri pada ALLAH. Hamba berkata
pada ALLAH , Hamba ingin mempromosikan Rencana ini di Indonesia, India , Pakistan dahulu kerana di sana ramai pencinta Allah , Pencari ALLAH ,sebelum di Malaysia kerana di malaysia ramai Pengkhianat , Pembelot , Pencuri , Penderhaka , Ramai Yang Munafikoon , Ramai yg ragu-ragu dengan Ayat Mu 31 & 32 Surah Al Ahqaff , walaupun mereka sudah ambil zikir nafas , di dedahkan dengan Ilmu La ilaha ilAllah melalui satu talian DaeiAllah yang di utus oleh ALLAH. ALLAH Mengilham kan – Itu suka hati awak awak ada pilihan , Tetapi Menyampaikan nya awak tak ada pilihan.
Seorang Malaikaat bertanya , Mengapa begitu ? Hamba menjawap , Kerana Menyakiti Qalbu seorang DaeiAllah yang menyampaikan Ilmu Kalimah La ilaha ilAllah , ramai sudah di istiyaar perang oleh ALLAH [ mengikut Satu Hadis Qudsi ]. Ramai tak akan percaya tentang perbualan ini , hanya ahli yang lama dengan Zikri Nafas tahu dan perbualan semacam ini , kerana ramai telah pun yakin dan mendengar perbualan yang sama di siarkan ALLAH.
Bila dah dapat jawapan nanti khabarkan , keadaan Zikir Nafas dan keadaan jawapan yang di terimah dari Qalbu mu dan para malaikaat yg di tugaskan untuk menambah Iman , Aqeedah dan Taqwa.
Ada 47 cara , kaedah berbeza -beza dalam Proses kita berkommunikasi dengan ALLAH Yang Mutakallim dalam segala aspek hidup dan hal ehwal hidup dan keadaan kita , dengan ini Iman kita jadi kukuh dan kita dapat berkommunikasi dengan ALLAH dengan Kaedah Zikir Nafas dan bertambah Yakin ALLAH tidak melepaskan kita walaupun satu saat dengan Janji -Janji Benar Nya yang di tahqiqkan dengan Firman Nya [ Surah Arum – ayat 47] dan Surah Yunus ayat 103. Tak amal tak percaya . Janji-janji ini hanya untuk Orang Mukmin yang sudah ada Zikri Nafas dan Ilmu la ilaha ilAllah.
Khabarkan resultnya di dalam Fb ini , kerana kita ada 5,000 dari kalangan mereka yang sentiasa memerhati kebenaran , Kesohian Ilmu dan amalan ini. Testimoni anda amat berharga untuk Meyakinkan diri sendiri dan juga Ummat Islam , Mukmineen yang lain agar Iman mereka bertambah dan Kukuh.
ALLAH Maha Benar
Rasul ALLAH Utusan Yang Benar
Ilmu La ilaha IlAllah ILMU ALLAH Yang Benar
Amalan dan Ilmu ZIkir Nafas amat benar .
Amalan ini boelh di praktikan di mana-mana sahaja.